Sunday, October 31, 2004

4 in 1

1. 1st time pi param PB. Seksa betui cari parking. Awai2 tu ok la. Lama2 teremosi gak aku. Dah la jem orang asyik cari parking, ada plak yang nak jadi samseng jalan raya. Ada sorang mamat (budak lagi ni aku rasa...) lintas depan keta aku dengan tak bagi isyarat. Kot la dia nak angkat tangan, bukan aku harap sangat pun (eh, cam iklan plak hehe). Siap jeling tak pueh ati kat aku. Deyy, apehal?! **Badword** betui la. Baru dapat lesen gamaknye. Ingat dah abih otai la kot. Masa nak balik, teremosi lagi skali. Still jem. Ada plak amoi (amoi ka aso? ntah ler..) ni cilok2. Her action made the jam worse. **Badword** punya amoi. Yang lu kalut sangat pehal? Kot la posa, lain crita laa. Kalu cam ni tiap kali pi param, aku serik ahh...

2. Pejam celik rupanya PM ke-5, Pak Lah dah setahun memimpin Malaysia. Bukan suatu yang mudah beralih kepada kepimpinan Pak Lah setelah 22 tahun di bawah teraju Dr M. Yelah, celik2 ja Dr M dah jadi PM. But I think Pak Lah had done a good job. Congrats. Hopefully Malaysia terus aman sejahtera. Amin.

3. Kita kat sini tengah seronok menyambut kedatangan Ramadhan, kat Selatan Thai plak huru-hara. Masyarakat Islam ditindas oleh tentera Thai. Apa dah jadi ngan PM Thaksin? Sebelum ni, aku respect him more than any other pemimpin negara ASEAN (tak termasuk PM kita laa). But now, I've better consider it again duh.

4. Meh cite pasai EPL plak. Hehe. Arsenal nyaris kalah ngan Soton. Ape nak jadi ngan Arsenal ni? Apa nak jadi jadilah janji Chelsea menang. Wekeke. Bila cek team fantasi aku, team 1st kire bole la, team 2nd melompat tinggi (sebab last minit letak Lampard jadi kapitan). Apa yang menarik, Liga ITT dah ada pendahulu baru. Hoye hoye. Hehehe.

Friday, October 29, 2004

Nyum...nyum!!!

Alhamdulillah... kenyang sungguh perutku. Menu berbuka hari ni cucuq badak, nasik tomato & ayam masak merah. Yelah, dah mak yang masak, tibai la apa yang patut. Kang dibiorkan membazir plak, tul tak??

Hari senin hari tu, balik2 ja teruih mak teguq, "Awat makin kuruih ni?" Aku sengih je. Dalam hati... Alamak!!! Ye ke aku makin kuruih? Rasanya cam biasa je. Terus pi timbang. Sah beratku turun maaa... Turun 5kg, banyak tu. Last aku timbang bulan Ogos hari tu. Lepas maghrib tadi, timbang lagi sekali. Naik balik 1kg lebey. Fuiyo!!! Minggu depan leh kaver balik la kot 5kg yang ilang tu. Hihihi. 5kg dalam 2 minggu, realistik ka? Bole ni. Biasalah, orang lelaki kalo dapat makan masakan mak sendiri, abih cerita laa... The end. Hihihi.

Tuesday, October 26, 2004

JB --> PB

Aku abih exam 14hb tapi ntah napa aku berat je ati nak balik. Memandangkan segala hidupan kat kolej kian pupus, aku ambik keputusan balik hari isnin, 25hb, semalam la tu.

10.15 am, aku bertolak. Kat pagaq UTM, dah terpacak pak guard ngan muka kontrol ganaz. Abih ganaih la tu? Beliau juz mintak borang pengesahan barang letrik. Takdak la cerewet cam pak guard yg sem lepas. Tak yah cita la, biaq jadi kenangan tuk aku, Abijan, Calvinh & VectorZX.

Baru je lepas masuk highway, bila tengok cermin, nampak 1 keta yang agak familiar. Proton Saga biru tu terus potong ketaku sambil drivernye drive ngan muka tak berperasaan. Khusyuk giler si driver tu memandu. Hihihi. Aku terus follow keta tu sampai dia kluaq kat Ayaq Hitam. Hang pi mana hah An_urb? Shopping raya kat Ayaq Hitam ka?

Aku teruskan perjalanan. Keta tak brapa banyak kat highway hari ni (eh.. semalam). Belum sampai zon 'Demam Balik Raya' lagi ni. Aku singgah jap kat Hentian Jejantas Ayaq Keroh. Ada la plak sorang bro Melayu ni bungkuih nasik. Nak kata beli tuk berbuka, apa kejadahnya baru kul 12 lebih. Aku terus usya dia. Akhirnya... konfem dia tak posa, makan ngan sungguh berselera kat lori dia. Ingatkan nak berhenti jap je, dah dekat kul 1, so terus solat kat situ.

Cam sem lepas, aku tak lalu Elite, takut ngantuk sebab straight & tak banyak keta. Masuk Kesas, Ldp, Penchala Link etc (betui ka aku sebut ni? Pakai sebut je ni. Sori la, jalan kat Klang Valley aku still novice). Masuk balik Plus kat Rawang.

As usual, area Rawang-Tapah paling tak best. Mesti ngantuk giler. So, terpaksa la tidoq jap kat R&R Tapah. Jap? Dekat sejam gak. Hihihi. Ok la tu, semalam (eh...kelmarin) tidoq 4 jam ja. Layan MU-Arsenal la, F1 Interlagos la, baraikan pc etc.

Dah kul 5, still kat Tapah. Sempat ka nak berbuka kat umah ni? Insya-Allah, sempat kot. Lepas lalu Terowong Menora (alaa terowong yang kat Jelapang tu), scenery was very breathtaking. Ngan kehijauannye, kabusnye, cantik giler. Kalau aku ada kamera, memang aku berenti tangkap gambaq jap. Lepas tu, lalu area tanah runtuh Gua Tempurung. Bekas tanah runtuh yang baru2 ni tu tak cam biasa. Nampak cam runtuhan tebing sungai. Maybe memang ada sungai kat situ sebelum ni.

Area Taiping sampai la rumah aku, terpaksa redah hujan. Highway area Taiping banyak lopak air, so kena la cautious skit, nak elakkan hydroplanning (yer2 je... hihihi). Sampai rumah 5 minit sebelum berbuka. Aku, AEG, 8 1/2 jam, 650km. Tercapai gak hajatku.

Suatu Permulaan...

Assalamualaikum. Akhirnya... aku dah ada blogspot sendiri. Sejak kecik lagi, memang aku tak minat lansung tulih diari. Jadi, mampukah aku tuk memaintainkan akunya blogspot ni? Tunggu & lihat je laa.