Friday, December 30, 2005

Two Double Zero Six

2005 slamat tinggal kuucapkan,
byk sungguh kenangan suka duka,
teruskan kehidupan teruskan harapan,
seiring 2006 yg bakal tiba.

sayang tuk tinggalkan 2005,
apakan daya masa takkan kembali,
langkah tetap diteruskan jua,
mencari cahaya yg dikurniakan Ilahi.

pakcik jose 'the special one',
bukan aku yg ada masanya perlu dipimpin,
moga kita seiring menggapai awan,
wishing y'all da best as another year begins...

Monday, December 12, 2005

Leipzig Punya Hal

Jumaat lps terjwb udah grouping tuk WC06 Germany. Meh kite ikuti komen drp Encik Sirapz, seorang penganalisis bola sepak yg x begitu profesional:

Group A
Germany, Costa Rica, Poland, Ecuador.
Komen pro: Should be no prob for Germany. Da other 3 hav to fight for da 2nd spot.
Komen yg x baper pro: Go go Germany!!!

Group B
England, Paraguay, Trinidad & Tobago, Sweden.
Komen pro: England & Sweden. Paraguay will be da dark horse.
Komen yg x baper pro: Camna England ada dlm 8 highest ranked team?! Qually pun terkapai-kapai...!

Group C
Argentina, Ivory Coast, Serbia & Montenegro, Holland.
Komen pro: Da group of death. All 4 hav da strength to go through but Holland & Argentina hav slight advantage.
Komen yg x baper pro: Chelski strikerz reunite - Crespo, Drogba, Kezman & Robben. Mesti Duff terlioq ja kat dpn tv. Of course aku sokong Oranje!!!

Group D
Mexico, Iran, Angola, Portugal.
Komen pro: Portugal & Mexico. But watch out for Iran.
Komen yg x baper pro: Mesti le sokong Iran, geng seagama & sebenua.

Group E
Italy, Ghana, USA, Czech Republic.
Komen pro: Tough group. I'll go for Italy & Czech Rep. USA & Ghana still can spring surprise(s).
Komen yg x baper pro: Gilardino & Toni cam best jer...

Group F
Brazil, Croatia, Australia, Japan.
Komen pro: Brazil da clear fav. All da other 3 hav fair chance for da 2nd spot.
Komen yg x baper pro: Takkan le Brazil x lps kot? Nak kena support Jepang gak noh...

Group G
France, Switzerland, Republic of Korea, Togo.
Komen pro: Another tough group. After qually, France & the Swiss in da same group again. Mayb France & Korea will go through, juz mayb.
Komen yg x baper pro: WCundi Korea & Swiss! Hehe sori, no France.

Group H
Spain, Ukraine, Tunisia, Saudi Arabia.
Komen pro: No prob for Spain & Ukraine, on paper, at least. Achtung! Spain always the underachiever.
Komen yg x baper pro: Kalo takdak aral melintang, tercapai la hajat aku nak tgk Shevchenko kat WC. Giggs, Gudjohnsen, Mido & Akmal Rizal lak bila yerrr...


p/s: kpd sesapa yg pi Mekah, slmt menunaikan haji & umrah.

Wednesday, November 16, 2005

Syawal...

Dah 2 minggu Syawal dinikmati. Aidilfitri kali ni aku raikan lebih bersama ahli keluarga Haji Othman & Haji Ghazali. Biasa la, umah aku (eh, umah parent aku) jadi port tuk lunch hari raya pertama. Skali depa serbu, mmg tunggang-langgang la, cam kapai pecah. Meriah gak la sesekali berjumpa. Bila lg nak rptkan ikatan silaturrahim dgn sedara-mara kan...? Apesal? Sebelum ni x rpt ke? Eh rpt la, cuma nak lebih rptkan lg hubungan yg dah rpt tu.

Tgh2 sibuk beraya, ntah camna tertgk drama 'Daun Ketupat Kering'. Tertgk pun masa dah nak abih. Mmg tragiz gak le endingnye. Tup2 rupenye ada ulangan plak drama ni, pagi2 buta, kul 2 pagi kalo x silap, hari raya ke brapa aku x prasan lak. Dengaq crite, ada ulangan kali ke-2 drama ni on Nov 19 ni. Siot punye RTM, 1 drama disiar 3 kali dlm masa 2 minggu lebey...

Also, aku nak ucapkan slamat pengantin baru to Pit, yg dah jadi suami org Khamis lps. Moga berbahagia slalu. 1st cucu Haji Ghazali yg kawin dah diketahui, who's next? Nyeh nyeh nyeh...

Wednesday, November 02, 2005

Edisi Khas Aidilfitri

SaLaM AiDiLFitRi
buat
seluruh muslimin muslimat yg sudi menjenguk aye punye blogspot ni
"Maaf Zahir & Batin"


Tq kpd yg hantaq kad raye kat aku. Buat all my friends, minta maaf sbb x dpt nak hantaq/balas kad raye kat hampa semua. My 'Doraemon Address Book' ntah ke mana perginye, puas aku mencari x juga ketemu. Address book maya lak lesap sekelip mata, mana idaknye, hd kong... hd oh hd... ish duit lg tuu... Nampaknya, pas ni kena kumpui blk la address hampa semua. Anybody yg hav the list, bole le tulun aku ye... kalo dpt recover, raye thn dpn bole le aku hantaq kad raye kat korang...!!!

Tuesday, October 18, 2005

F1 2005 - The End

Season F1 tuk thn 2005 dah abih dah. 1 musim yg mengujakan, especially GP Jepun, 1 of the best GP I've ever seen. Alonso pintas Schumi kat 130R corner, Kimi pintas Fisi masa last lap, pergghhh...

Overall, mmg best sbb Schumi x menang. Hahaha... Renault the most reliable car n McLaren the fastest car. Kira ok la Alonso & Renault menang, but it will be better kalo Kimi & McLaren yg menang!!! :) Season dpn Pakcik Bernie buat peraturan baru. Keta lak guna enjin V8. Next year, new challenge, new surprise...

Thursday, September 29, 2005

Menjelma...

Lebih kurang 1 week lagi kita nak sambut kedatangan bulan rahmat, Ramadhan al-Mubarak. Rasa cam baru ja posa tahun lepaih, dah mai balik Ramadhan. Alhamdulillah, Allah beri peluang sekali lagi untuk aku nikmati keindahan Ramadhan, insya-Allah.

Baru je lepaih mengembara di blog xero7. Bole buat blog sukan ni. Haha... Rajin hang update blog noh. Jgn jadi cam aku, awai2 ja rajin, lama2 makin nyawa2 ikan. Uikk...dengaq kata join ST, pas ni jadik jutawan le noh. Amin... Amin skali lagi tuk aku...

Dah lama x sembang pasai bola. Moh kite review & preview sket. 2nd game UCL, 2 underdogs Thun & Artmedia menang. Great!!!!! Dlm EPL lak West Ham & Wigan dok kat upper half liga. Maybe season ni season tuk the underdogs kot. Chelski is runnin' away. MU not consistent enough. Arsenal lak makin hampeh tanpa Vieira & Henry. Haaa bila sebut pasai Arsenal ni, teringat kat kawan aku ex-MU fan sorang tu. Mesti menyesal declare jadi Gunners' fan. Weh...nak join MU balik ke??? :P


SeLaMaT MenYaMbuT
RaMaDHaN aL-MuBaRaK

Monday, September 05, 2005

Made In Germany

Juz wanna share some interesting info bout German's products yang mana not exactly made in Germany:

1. Adidas - 95% kasut jenama Adidas dibuat di Asia.
2. Boss - Boss suits dibuat di Turki.
3. Audi - keta2 jenama ni dibuat di Hungary, cuma final assembly jer dilakukan di Jerman.
4. Porsche - made in Slovakia, actually...

**all info diambil dari NST Sept 4**

p/s: belilah barangan buatan Malaysia..... Merdeka!!!!!

Sunday, July 24, 2005

Dilema

Dilema: kena pilih salah 1, dan mesti pilih 1 saja, 1 & only 1, tak bole lebih. Pilih plak bukan boleh suka2, terpaksa teliti implikasi & risiko yg mungkin akan aku hadapi. Huh... Dilema ni tak se'best' lagu Cik Kelly & Encik Nelly. Merunsingkan, mengganggu jasmani, rohani & emosi. Apapun, hopefully perkembangan & situasi sekeliling selepas ni dpt membantuku. Hopefully I have the luck...

Thursday, June 23, 2005

Aduhhhh........

Skkkrreeeeetttttt...... "Aduh...!!! Sakitnya!!! Patah tulang ke ni? Putus ligamen ke ni? Eh... Tersiat kulitku... Ahhh pedih wehhh!!!!! Mau masuk sepital satgi ni. Tak guna punya tiang!!! Camana lah ko bole dok kat situ wahai encik tiang. Memang ko ni tiang betuilah!!!", kata pintu belakang kanan PGE ngan nada marah sambil menahan sakit.

Ampun mak, ayah. Sori lah... Do terunderestimate kehebatan tiang meter parking tu. Ingatkan bole lepas, tup2 tersenerih le plak...

Friday, June 10, 2005

Untitled

Cisss... Takdak lagi entry tuk bulan ni rupanya. Hmmm... Apa aku nak mengarut tuk entry kali ni ekk? Memang takdak idea sebenaqnya hari ni. Today moody sket... :( Sambil dok menaip ni, terdengaq berita kat tv, Liverpool masuk UCL tahun depan. Kena masuk 1st round qually. Ok la tu.

Malam ni plak World Youth Championship begin kat Belanda. Katanye ada live kat RTM, betui ke ni??? Negara mana yg terlibat? Cek sendri kat FIFA punye website yer... Players yg terlibat? Ramai pemain muda, tak fofular lagi, bintang masa depan. Antara yg aku kenal Fabregas (Arsenal-Spain), Freddy Adu (USA, dulu heboh gak dia ni, ntah pasai pa), Owusu Abeyie (Arsenal-Holland), & Obi Mikel (Nigeria, teams EPL dok berebut dia ni). For this tournament, aku rasa nak sokong Syria lahhh... :)

Monday, May 30, 2005

Whaddup?!

  • Pc baru je sihat dari 'demam'. Had a prob with mshtml.dll. Aku ni bukannya reti sgt pebaik pc. Juz cecuba nasib, reinstall IE je rupenye.
  • Mak baru balik dari Langkawi. She deserved the holidays. Now, she deserves a rest.
  • Malasnya nak pi kedai gambaq. Filem dah lama terperap dlm kamera tu. Bila la aku ni nak rajin pi kedai gambaq? :P
  • Sembang F1. Disaster for Kimi. Both Ferraris finished in top 5. Massa got prob near the end. A race that I don't want to remember.
  • Sembang bola. Today the last day tuk musim ni di Europe. Yg menarik my attention, saingan antara Sampdoria & Udinese. And can Villareal masuk 2005/2006 UCL? Teringin gak nak tgk kelibat Forlan & Riquelme...
  • Sembang gerek. Juz now, Savoldelli wins the Giro d'Italia for the 2nd time. What about the Tour? Can Armstrong win again? Hope not!!! :)
  • Sembang NBA. Suns 0 - Spurs 3. How about that huh?! 1 more n Spurs will be in final.
  • Sembang hoki. M'sia 4 - India 1. Nice...
  • Sembang auto. Sejak 2 menjak ni, byk plak keta yg kluaq dari 'kepompong'. Swift la, Myvi la, Innova la. Pas ni 'TRM' & 'SRM' plak kot.

Tuesday, May 17, 2005

MU vs MG

Meh sembang bola hari ni. Lama dah x sembang bola. 1st, pasal MG dah beli MU. Nak tiru Encik Roman kot si MG nih... Bezanya, MG ni American, fail bab football ni. Takat football pakai tangan dia tau la. Tambah lak, MG ni byk utang. Tu yg buat peminat2 red devils risau tu. Papepun, kita tgk la pas ni camna MG manage MU pas ni. Hopefully dia berjaya ngan MU cam Encik Roman berjaya ngan Chelskinya.

Team ijau-kunin EPL yg ditaja Proton nampaknya akan beraksi dlm division 1 musim dpn. Lebih memalukan, dlm final game, ijau-kunin klh ngan fulham 0-6. Lebih mengejutkan, WBA yg berjaya tuk stay kat EPL musim dpn. Tahniah Robson & the gang! Gudbye kpd Johnson, Routledge, Ashton, Huckerby, Niemi, Crouch & dll. But who knows... depa ni join team2 EPL lain next season.

Teringat kat team2 fantasi aku. Nampaknya musim ni team2 musim ni lebih berjaya drp musim lps. But still klh ngan Encik Mukhlis. Siot tul. Dia pakai jampi apa pun aku x tau, nak kena blajaq nih...

p/s: " Selamat Hari Guru !!! "

Sunday, May 08, 2005

Hari Ibu

Happy mother's day kepada mak. Kuharap kau sihat & bahagia selalu, dimurahkan rezeki & dipanjangkan umur serta diberkati Allah sentiasa. Jasamu takkan mampu kubalas. Kumohon ampun atas segala dosa, kesalahan & kerenahku. Kumohon restumu untukku tempuh hari-hari mendatang. Mak, terima kasih atas segala-galanya.

Juga buat para umi, ibu, mak, mama, mommy & etc. di luar sana, happy mother's day!!! Happy mother's day!!! Happy mother's day!!! (Cam sambut hari kebangsaan plak dah... hehe)

p/s: 'lelaki anak emak' - hmmm... lelaki mana yang bukan anak emaknya???

Saturday, April 23, 2005

Baling

2000 bertolak, 2215 tiba di Kolam Air Panas Ulu Legong, Baling. My 1st time visit. My 1st impression, bad. Why? Sebab sebelum dapat masuk, kena 3 kali 'tol', 1st kat simpang masuk, 2nd kat parking & the 3rd kat pintu masuk. Yang 2nd & 3rd tu memang aku expected, tapi 'tol' yang 1st tu agak mencurigakan, cam nak amik kesempatan (cam takdak permit je).

Bila melangkah masuk, wow, crowded giler!!! Aku ingatkan memalam ni takdak orang, silap besaq larrr. "Malam memang orang ramai. Siang takdak orang. Kalau brani, mai berendam siang2 hari, mau melecoq...", kata Chad. Bila orang ramai ni, 'pemandangan' pun menarik laaa (paham2 je laaa... wekeke). Dah lama tak main ayaq ni. Nak pi mandi laut, pikiaq 2-3 kali gak sekarang ni. 2 jam gak la main ayaq. Pekena bihun sup sebelum balik. 0320 arrived at home.

Walaupun 1st impression aku kata teruk, tapi overall i'll say its a good recreational place. 4 out of 5. Mesti pi lagi. Semalam pi 1 van ja, lain kali kena pi 1 team bola (at least), baru bole conquer 1 kolam. :P

Tuesday, April 19, 2005

Lama Gak...

Lama gak aku tak jengok encik blog ni. Tu pasai boleh lupa b'day Cik Nurul kite tu. Ya ampun Om Nurul, gue enggak sengaja. Jadi, walaupun agak terlambat, aku nak ucap gak hepi b'day kpd Cik Nurul, Cimet, Wanti, Max, Ajis, Riey & sesapa gak la yang dah/akan sambut b'day pada bulan April ni. Moga diberkati Allah selalu. Lagi 1, tahniah & selamat berkonvo kepada yang berkonvo. Pas ni apa plak? Kerja ke sambung study?

p/s: Chelsea vs Arsenal - Henry - very doubtful. Abih lerrr Gunners. Best ni kalau MU bole cantas...

Tuesday, March 29, 2005

Abijan Bergegaq!!!

1stly, happy birthday to Abijan. Dah besaq dah ko Abijan noh... (Errr dulu kecik ke?!) Hehe... Moga dipanjangkan umoq, dimurahkan rezeki, bahagia selalu, diberkati-Nya setiap masa & berjaya di dunia & di akhirat.

Kira-kira 12.10 pagi tadi, terasa umah aku begegaq masa dok tengok Nightline. Mulanya, ingatkan gegaq sebab ketapi lalu (umah aku dekat ngan landasan ketapi). Takdak ketapi lalu masa tu. Aikkk?! Aku penin ka? Konfem memang ada earthquake ni, ayaq dlm akuarium bekocak baiiikkk punya. Mau seminit lebih gak begegaq. Alhamdulillah nothing serious happen. Tsunami lagi ke ni??? Hope not...

Tuesday, March 22, 2005

Birthday Boy = Shahrul

Happy birthday to Wan Shahrulrizan Wan Adini aka Shahrul aka Dwen aka Shah aka Dayang Nurfaizah. Hehe... Aku ucapkan moga hang dipanjangkan errr umur, dimurahkan rezeki, berjaya dalam apa jua yang hang usahakan & diberkati Allah s.w.t. di dunia & di akhirat.


p/s: aku mintak maap la kat achai, rahman dll yang birthday dah terlepas dah. Happy belated birthday, kire bole la ekkk... ya ampun pak, ya ampuuuunn!!!

Saturday, March 19, 2005

Northern Regional Recognition Day

Malam semalam telah berlansung "Luxor's Northern Regional Recognition Day" kat Park Avenue Hotel, SP. Aku pi ngan group aku. Errr... group mak actually... group mak group aku gak kan... haha. Kali ni 3 keta je suma. Tahniah kepada suma yang terima anugarah malam tadi. Tahun lepas, lagi meriah rasenye sebab ramai dari our group yang terima anugerah, termasuk aku lah kan... hehe. Insya-Allah next recognition day, kita letup balik group kita k?! Kasik tebabo!!!!! Next event = Mini-BOSS kat PB, 22 Mac.

Yes, semalam event tu held kat SP. Teringat gak nak call an_urb. Hang toksah ghisau, bukan lah aku nak promote Luxor pon an_urb oiii (tapi kalau hang terminat & tergerak nak join lagi lah best kannn... hehe). Saje je nak jumpak, nak tanya habaq & nak lepas windu. Wakaka. Tapi, mungkin takdak rezeki kot nak jumpak hang. Berapa kali aku call, asyik tak dapat je. Napa ekkk?


p/s: sembang F1... sato demam plak dah. davidson ganti dia for Malaysian GP.

Saturday, March 05, 2005

A Story For A Friday

0900 - Aku mula siapkan things yang tertangguh 2-3 hari lepas. I thought this was the sign that I would have a great day today (err... yesterday).

1130 - What?! Gilak!!! Patut la penat semacam ja. Dah 2 jam setengah aku buat benda ni. Awat nih? Selalunya sejam dah siap. A sign for a great day? I didn't think so...

1430 - Lunch. Perut kenyang + penat pagi tadi = best giler kalo bleh rehat jap. Tetiba, P mintak aku temankan dia kluaq. Arrgghh... malasnye. Alaaa... pi la sendri. Aku kept beri alasan.

1630 - Couple of hours later, P still nak aku temankan dia. Aisehhh. Ok laa. Terpaksa beralah. Kesian punya pasai.

1800 - Balik dari temankan P. Kemarin, S janji nak mai, nak settle dia punya masalah ngan aku. Aku tunggu sampai maghrib. S tak muncul. Aku hantaq sms tak balas. Tepon lak asyik engage ja. Hampeh... Kalau dah janji, tepati laa. Ni dah menyusahkan aku. This was not the 1st time right? Dah 3 kali dah hang buat kat aku cam ni. Aku ingat beb. Janji talak bole pakai punya ini olang.

2030 - H tepon, ajak dinner. Aiiikkk... bila plak dia ada kat sini? Bila dia mai? Memang takdak mood lansung ni, tambah plak marah aku kat S tak abih lagi. Ni tambah lagi 1, H muncul ngan tetiba. Adoiii... Pi jugak, kena gak jaga ati orang, kan...? Sedia tuk dengaq bebelan H & kata2 dia yang kengkadang pedas berapi.

2245 - Layan 'Bad Company' kat tv3. Ape ni?! Kalo ikut preview kat NST, Chris Rock belakon. Hampeh... Ni mesti kes 2 movie title yang sama. Tetiba, C plak mai. Selalu kalo dia nak mai, dia tepon dulu. Ntah dia mimpi apa malam ni mai tetiba ja. Kalo mai ngan ehem ehem takpa gak. Ada gak 'pemandangan indah' memalam ni. Hehe.

3430 - 3430?! Alaaa... sekarang le tu. Jom layan qually Australian F1 GP. Aku sokong Encik Flying Finn & Encik Butang. Kalo driver lain menang still ok, cuma jangan Schumi or Barric udah. Sori all Tifosi. Aku anti-Ferrari.

Sunday, February 20, 2005

Doooit

Malam semalam aku berkesempatan pi ke 1 majlis ilmu, an event that called 'Super BOSS'. Aku rasa sesapa yang join Luxor mesti familiar with terms like Super BOSS, BOSS & etc. Sebenaqnya aku join Luxor dah lama dah, setahun lebey, tapi tak ektif. Join pun sebab nak bagi support kat my parent especially kat mak. Mak dah join hampir 2 tahun & mak dah buktikan yang dia boleh berjaya dalam Luxor. Congrats mom!

Berbalik kepada Super BOSS semalam. Guess who the pengacara majlis? Jaafar Onn!!! Aiiiyaarrkkk!!! Dah takdak orang lain ka?! Tapi secara keseluruhannya, he has done a good job. Rasanya suma yang hadir terhibur. Mana taknya, dia siap tarik sorang pak aji naik pentas menari gelek ngan dia. Wekeke. Kesian kat pak aji tu.

Apapun, apa yang menarik perhatian aku is bila an engineer cerita he quits his job tuk buat Luxor business. Now, his income is about RM 30k. Pas tu, naik plak sorang bro ni. His story, couple years ago, he actually was a practical trainee & engineer tadi tu was his supervisor. But now, his supervisor is his downline. Great huh! Bro ni is juz 25 years old & dalam masa 2 tahun dia join Luxor, his income dah capai RM 80k. Wow!!! Sapa yang tak nak wehhh!!! Bila dengaq dia punya income, memang membuak-buak semangat aku nak buat betui2 business Luxor ni. Tapi, tiap2 kali pas pi event like that aku memang camtu. Tapi tak jugak buat2 pun. Mak pun dah 'bising', "Awat Do tak nak buat? Bila Do nak mula buat?" Hehe. But who knows right? Kot2 kali ni lain ke...?

*** Artikel ini tidak ditaja oleh Luxor Network Sdn. Bhd. *** :P

Monday, February 07, 2005

Selamat Pengantin Baru

Selamat pengantin baru aku ucapkan tuk aku sendiri. Eh silap, tuk Seron. Wekeke. Tak sangka noh, tup2 hang dah kawin. Tahniah Seron. Kalau tak silap, hang la 1st ex-5UM '99 yang kawin, betui dak? Pas ni, turn sapa plak hah? Tahniah gak tuk the bride, Ema (betui ka nama dia ni?). Pandai hang cari noh. Sib baik hang jumpak dia dulu. Wekeke. Apapun, semoga hampa berdua kekal bahagia & diberkati Allah.

p/s: mesej tuk para pembaca blog: "Aiii... takkan baca je kot? Hampa plak bila lagi? Hehe..."

Monday, January 31, 2005

Demam

Banyak sungguh demam yang melanda sejak kebelakangan ni. Demam denggi umpamanya kedengaran di seluruh Malaysia. Ntah kenapa ia menyerang semula. Apa yang aku pasti, nyamuk memang banyak. Masa malam, kalau tak tampaq nyamuk sehingga meninggal dunia memang tak sah. Banyak betui, depa mai dari cerok mana pun aku tak tau. Rimas sungguh.

Ada lagi 1 demam, demam EPL. Hehe. Aku rasa Chelsea jadi juara musim ni. Tapi cam orang kata, bola tu bulat & berbelang biru & kunin, apa2 bule terjadi. Buatnya Lampard, Terry or Cech injured, tak ke gelabah Encik Mourinho. Esok, 1 Februari, Arsenal menunggu kunjungan MU di Highbury. Moga MU menang lagi sekali, sekaligus memintas Arsenal tuk tempat ke-2 EPL. Idup MU!!! Idup Chelsea!!! Hehe...

Asyik EPL ja, MSL kena gak jenguk. A very good 1st week for my favourite teams. Penang menang dengan bergaya. Harap Ito Dan, Melnikov, Faisal & semua Penang players meneruskan kecemerlangan hingga penghujung liga. Perak plak dah dapat 1 piala. Personally, walaupun aku sokong Perak, aku rasa Perlis deserve to win, they played better. Gandingan Zachariah & Ivan cam best je aku tengok. Dan lagi 1, Kedah. Errr... semalam Kedah tak main ka? Napa hah? Huhuhu...

1 lagi demam tuk this fortnight, LTDL. Tak sangka dah masuk edisi ke-10. Tahniah kepada First Cartel kerana berjaya memancing team2 cam Discovery Channel & Liberty Seguros. Semalam, Koji Fukushima memang best. He deserve it. Napa Suhardi or Fallanie tak ikut koji punya attack? Kalau tak, dapat no 2 pun jadi laa kan.

Thursday, January 20, 2005

Takziah

Takziah to my parent's friend family. Walaupun baru je berkenalan beberapa bulan lepas, tapi rasa cam dah lama. Arwah & his entire family memang very friendly. Arwah kemalangan petang semalam, moto ngan moto. Dengaq cite, moto dia senerih ngan moto sorang budak muda. Arwah ilang kawalan & terus terlanggaq pokok kat tepi jalan tu. Budak tu plak terus blah. Memang tak patut!!! Aku terkejut gak bila dapat berita ni. Yelah, aku baru je jumpak dia kelmarin. Siap sembang2 lagi. Masa ziarah ke rumah arwah malam tadi, memang ramai betui orang, bukti betapa he & his family very friendly & generous. Isteri arwah nampak sedih sangat. Yelah, masa kejadian tu, arwah dalam perjalanan pulang lepas beli daun palas, tuk buat ketupat sempena Aidiladha esok. Bila tengok muka arwah, nampak cam tenang ja. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Al-fatihah tuk Encik Abdul Rani.

Dikesempatan ni gak, aku ingin tuk ucapkan kepada semua selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. Moga kehidupan & segala usaha kita diberkati Allah s.w.t. di dunia dan di akhirat. Insya-Allah...

Saturday, January 01, 2005

Selamat Datang 2005

Dah lama aku tinggaikan blog ni, ntah la kenapa. Sekarang ni, dah nak masuk hari ke-2 tahun 2005. Cepat sungguh masa berlalu. 2004 memberi banyak pengalaman pahit & manis. Moga kedatangan 2005 dapat aku manfaatkan dengan sebaiknya.

2004 ditutup dengan tragedi gempa bumi & tsunami yang melanda beberapa negara Asia Tenggara, Asia Selatan & juga Afrika. Sapa sangka tsunami yang sering dikaitkan dengan Jepun ataupun negara-negara di Lautan Pasifik boleh melanda negara kita. Al-Fatihah buat muslimin-muslimat yang terkorban dalam bencana alam tersebut.

Semoga kehidupan kita diberkati-Nya di dunia & di akhirat...