Thursday, January 20, 2005

Takziah

Takziah to my parent's friend family. Walaupun baru je berkenalan beberapa bulan lepas, tapi rasa cam dah lama. Arwah & his entire family memang very friendly. Arwah kemalangan petang semalam, moto ngan moto. Dengaq cite, moto dia senerih ngan moto sorang budak muda. Arwah ilang kawalan & terus terlanggaq pokok kat tepi jalan tu. Budak tu plak terus blah. Memang tak patut!!! Aku terkejut gak bila dapat berita ni. Yelah, aku baru je jumpak dia kelmarin. Siap sembang2 lagi. Masa ziarah ke rumah arwah malam tadi, memang ramai betui orang, bukti betapa he & his family very friendly & generous. Isteri arwah nampak sedih sangat. Yelah, masa kejadian tu, arwah dalam perjalanan pulang lepas beli daun palas, tuk buat ketupat sempena Aidiladha esok. Bila tengok muka arwah, nampak cam tenang ja. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Al-fatihah tuk Encik Abdul Rani.

Dikesempatan ni gak, aku ingin tuk ucapkan kepada semua selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. Moga kehidupan & segala usaha kita diberkati Allah s.w.t. di dunia dan di akhirat. Insya-Allah...

No comments: