Monday, January 31, 2005

Demam

Banyak sungguh demam yang melanda sejak kebelakangan ni. Demam denggi umpamanya kedengaran di seluruh Malaysia. Ntah kenapa ia menyerang semula. Apa yang aku pasti, nyamuk memang banyak. Masa malam, kalau tak tampaq nyamuk sehingga meninggal dunia memang tak sah. Banyak betui, depa mai dari cerok mana pun aku tak tau. Rimas sungguh.

Ada lagi 1 demam, demam EPL. Hehe. Aku rasa Chelsea jadi juara musim ni. Tapi cam orang kata, bola tu bulat & berbelang biru & kunin, apa2 bule terjadi. Buatnya Lampard, Terry or Cech injured, tak ke gelabah Encik Mourinho. Esok, 1 Februari, Arsenal menunggu kunjungan MU di Highbury. Moga MU menang lagi sekali, sekaligus memintas Arsenal tuk tempat ke-2 EPL. Idup MU!!! Idup Chelsea!!! Hehe...

Asyik EPL ja, MSL kena gak jenguk. A very good 1st week for my favourite teams. Penang menang dengan bergaya. Harap Ito Dan, Melnikov, Faisal & semua Penang players meneruskan kecemerlangan hingga penghujung liga. Perak plak dah dapat 1 piala. Personally, walaupun aku sokong Perak, aku rasa Perlis deserve to win, they played better. Gandingan Zachariah & Ivan cam best je aku tengok. Dan lagi 1, Kedah. Errr... semalam Kedah tak main ka? Napa hah? Huhuhu...

1 lagi demam tuk this fortnight, LTDL. Tak sangka dah masuk edisi ke-10. Tahniah kepada First Cartel kerana berjaya memancing team2 cam Discovery Channel & Liberty Seguros. Semalam, Koji Fukushima memang best. He deserve it. Napa Suhardi or Fallanie tak ikut koji punya attack? Kalau tak, dapat no 2 pun jadi laa kan.

Thursday, January 20, 2005

Takziah

Takziah to my parent's friend family. Walaupun baru je berkenalan beberapa bulan lepas, tapi rasa cam dah lama. Arwah & his entire family memang very friendly. Arwah kemalangan petang semalam, moto ngan moto. Dengaq cite, moto dia senerih ngan moto sorang budak muda. Arwah ilang kawalan & terus terlanggaq pokok kat tepi jalan tu. Budak tu plak terus blah. Memang tak patut!!! Aku terkejut gak bila dapat berita ni. Yelah, aku baru je jumpak dia kelmarin. Siap sembang2 lagi. Masa ziarah ke rumah arwah malam tadi, memang ramai betui orang, bukti betapa he & his family very friendly & generous. Isteri arwah nampak sedih sangat. Yelah, masa kejadian tu, arwah dalam perjalanan pulang lepas beli daun palas, tuk buat ketupat sempena Aidiladha esok. Bila tengok muka arwah, nampak cam tenang ja. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Al-fatihah tuk Encik Abdul Rani.

Dikesempatan ni gak, aku ingin tuk ucapkan kepada semua selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. Moga kehidupan & segala usaha kita diberkati Allah s.w.t. di dunia dan di akhirat. Insya-Allah...

Saturday, January 01, 2005

Selamat Datang 2005

Dah lama aku tinggaikan blog ni, ntah la kenapa. Sekarang ni, dah nak masuk hari ke-2 tahun 2005. Cepat sungguh masa berlalu. 2004 memberi banyak pengalaman pahit & manis. Moga kedatangan 2005 dapat aku manfaatkan dengan sebaiknya.

2004 ditutup dengan tragedi gempa bumi & tsunami yang melanda beberapa negara Asia Tenggara, Asia Selatan & juga Afrika. Sapa sangka tsunami yang sering dikaitkan dengan Jepun ataupun negara-negara di Lautan Pasifik boleh melanda negara kita. Al-Fatihah buat muslimin-muslimat yang terkorban dalam bencana alam tersebut.

Semoga kehidupan kita diberkati-Nya di dunia & di akhirat...