Tuesday, October 26, 2004

JB --> PB

Aku abih exam 14hb tapi ntah napa aku berat je ati nak balik. Memandangkan segala hidupan kat kolej kian pupus, aku ambik keputusan balik hari isnin, 25hb, semalam la tu.

10.15 am, aku bertolak. Kat pagaq UTM, dah terpacak pak guard ngan muka kontrol ganaz. Abih ganaih la tu? Beliau juz mintak borang pengesahan barang letrik. Takdak la cerewet cam pak guard yg sem lepas. Tak yah cita la, biaq jadi kenangan tuk aku, Abijan, Calvinh & VectorZX.

Baru je lepas masuk highway, bila tengok cermin, nampak 1 keta yang agak familiar. Proton Saga biru tu terus potong ketaku sambil drivernye drive ngan muka tak berperasaan. Khusyuk giler si driver tu memandu. Hihihi. Aku terus follow keta tu sampai dia kluaq kat Ayaq Hitam. Hang pi mana hah An_urb? Shopping raya kat Ayaq Hitam ka?

Aku teruskan perjalanan. Keta tak brapa banyak kat highway hari ni (eh.. semalam). Belum sampai zon 'Demam Balik Raya' lagi ni. Aku singgah jap kat Hentian Jejantas Ayaq Keroh. Ada la plak sorang bro Melayu ni bungkuih nasik. Nak kata beli tuk berbuka, apa kejadahnya baru kul 12 lebih. Aku terus usya dia. Akhirnya... konfem dia tak posa, makan ngan sungguh berselera kat lori dia. Ingatkan nak berhenti jap je, dah dekat kul 1, so terus solat kat situ.

Cam sem lepas, aku tak lalu Elite, takut ngantuk sebab straight & tak banyak keta. Masuk Kesas, Ldp, Penchala Link etc (betui ka aku sebut ni? Pakai sebut je ni. Sori la, jalan kat Klang Valley aku still novice). Masuk balik Plus kat Rawang.

As usual, area Rawang-Tapah paling tak best. Mesti ngantuk giler. So, terpaksa la tidoq jap kat R&R Tapah. Jap? Dekat sejam gak. Hihihi. Ok la tu, semalam (eh...kelmarin) tidoq 4 jam ja. Layan MU-Arsenal la, F1 Interlagos la, baraikan pc etc.

Dah kul 5, still kat Tapah. Sempat ka nak berbuka kat umah ni? Insya-Allah, sempat kot. Lepas lalu Terowong Menora (alaa terowong yang kat Jelapang tu), scenery was very breathtaking. Ngan kehijauannye, kabusnye, cantik giler. Kalau aku ada kamera, memang aku berenti tangkap gambaq jap. Lepas tu, lalu area tanah runtuh Gua Tempurung. Bekas tanah runtuh yang baru2 ni tu tak cam biasa. Nampak cam runtuhan tebing sungai. Maybe memang ada sungai kat situ sebelum ni.

Area Taiping sampai la rumah aku, terpaksa redah hujan. Highway area Taiping banyak lopak air, so kena la cautious skit, nak elakkan hydroplanning (yer2 je... hihihi). Sampai rumah 5 minit sebelum berbuka. Aku, AEG, 8 1/2 jam, 650km. Tercapai gak hajatku.

3 comments:

sirapz said...

sg besi ke jln duta ok ke? aku takut jem jer...

Anonymous said...

ini orang m'sia kan

analogi said...

bkn m'sia, orang malaysia ... hehehe